Tujuan ; Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Lawas,Wakil PI1M Sundar dan Wakil KRT Zon Sundar.Mesyuarat ini dijalankan adalah bertujuan untuk persediaan awal pelaksanaan gemilang merdeka sempena minggu perpaduan dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti dan program yang akan dijalankan. Aktiviti ; Semasa mesyuarat ini dijalankan, semua yang hadir dialu-alukan untuk memberi idea untuk Majlis yang bakal dilangsungkan dan semua yang hadir sepakat untuk bersetuju dengan keputusan yang diambil semasa mesyuarat ini berakhir. |
Tujuan ; Program ini telah dihadiri oleh para pelajar Tabika , Taska dan semua ibu bapa pelajar-pelajar.Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menghayati sejarah perjuangan negara dan meningkatkan perasaan berterima kasih dan bersyukur kepada jasa-jasa yang telah diberikan oleh pemerintahan dan pemimpin negara.Untuk makluman semua,program ini dianjurkan adalah hasil kerjasama pihak Jabatan KEMAS Lawas dan PI1M Sundar. Aktiviti ; Antara aktiviti yang dijalankan dalam majlis ini adalah seperti berikut:-
|
Tujuan ; Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas ini. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar agar pelajar dapat membiasakan diri dengan Microsoft Office Word dan memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan biodata diri yang betul. Diharapkan kelas yang telah dilaksanakan ini memberi input kepada mereka dan dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Aktiviti ;
|
Tujuan ; Kuiz ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah menengah.Kuiz ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecintaan pelajar yang hadir kepada tanah air Malaysia dengan menjawap kuiz berkaitan dengan sejarah Negara Malaysia. Aktiviti ; Para pelajar yang mengikuti kuiz tersebut berpeluang mengetahui apakah yang dinamakan dengan KAHOOT.IT.Selain itu,para pelajar berpeluang menjawap kuiz secara online dengan aplikasi KAHOOT. |
Tujuan ; Seramai 10 orang ahli telah mengikuti kuiz kemerdekaan ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lepasan sekolah. Kuiz kemerdekaan ini adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah negara serta menyemai semangat patriotism dalam kalangan pelajar. Aktiviti ;
Kuiz adalah secara online dan pelajar perlu menaip dan menjawab soalan yang diberikan. |