Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi - 12.00 Tengahari

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Komuniti PI1M Sundar

Tujuan ;

     Saringan kesihatan ini diadakan adalah bertujuan untuk memeriksa tahap kesihatan para komuniti yang hadir semasa program dan dapat memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya untuk membuat saringan kesihatan supaya komuniti tahu tahap kesihatan semasa mereka. Selain itu, tabung derma darah juga dibuka untuk para komuniti bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti menjadi salah seorang penderma.

Aktiviti ;

1. Agensi mengambil tempat

2. Agensi menjalankan tugas.

Gambar disini

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi - 12.00 Tengahari

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan ;

     Pertandingan ini disertai oleh lebih daripada 10 orang pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membina keyakinan diri para peserta untuk berdiri dihadapan orang ramai. Selain itu,pertandingan ini juga dapat mempraktikkan ilmu ataupun kepakaran ibu-ibu dalam bidang make-up. Secara tidak langsung juga pertandingan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara anak-anak dan ibu sekali gus dengan petugas.

Aktiviti ;

1. Para peserta berkumpul

2. Para peserta berjalan dan menunjukan gaya masing-masing didepan orang ramai seorang demi seorang.

3. Hakim menjalankan tugas untuk mencari pemenang.

Gambar disini

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Kanak-Kanak komuniti Sundar

Tujuan ;

     Pertandingan ini telah pun disertai oleh lebih daripada 50 orang kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah. Pertandingan ini juga diadakan adalah bertujuan untuk menguji tahap kepahaman para peserta dalam memilih warna yang bersesuaian dengan lukisan yang diberi. Selain itu, pertandingan ini dapat meningkatkan minat para peserta untuk mewarna lukisan. Oleh yang demikian, Peserta yang mengikuti pertandingan ini dapat mengembangkan lagi tahap pemikiran para kanak-kanak yang turut serta.

 

Aktiviti ;

   1. Petugas dan sukarelawan memberi penerangan kepada para peserta berkaitan dengan

       peraturan pertandingan dan tempoh masa pertandingan.

   2. Sukarelawan mengedarkan lukisan yang akan diwarna oleh para peserta.

   3. Para peserta mula mewarna lukisan yang diedarkan setelah mendengar arahan daripada petugas.

   4. Pertandingan berjalan dengan lancer dan tersusun.

Gambar disini

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi - 12.00 Tengahari

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Komuniti Sundar

Tujuan ;

     Pertandingan ini disertai oleh lebih daripada 20 orang komuniti daerah sundar. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat komuniti dalam bidang gubahan atau pun hiasan. Selain itu,pertandingan ini juga dapat membuat komuniti berfikir secara diluar kotak untuk menghasilkan gubahan bunga yang cantik dan kemas. Secara tidak langsung juga pertandingan ini dapat mengisi masa lapang komuniti dengan membuat gubahan bunga dimasa terluang.

Aktiviti ;

1. Petugas dan sukarelawan mengutip dan mengumpulkan gubahan yang telah siap.

2. Semua gubahan disusun diatas meja dengan tersusun dan kemas.

3. Hakim menjalankan tugas untuk mencari pemenang.

Gambar disini

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Golongan Dewasa & Warga Emas Komuniti Sundar

Tujuan ;

    Pertandingan ini telah pun disertai oleh lebih daripada 30 orang golongan warga emas dan dewasa komuniti daerah Sundar. Pertandingan ini juga diadakan adalah bertujuan untuk mengibau kembali kenangan para peserta semasa zaman kanak-kanak dahulu. Selain itu, pertandingan ini juga dapat membuka semula minda para peserta untuk menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas. Secara tidak langsung pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan antara peserta dengan peserta dan petugas.

Aktiviti ;

  

   1. Petugas dan sukarelawan memberi penerangan kepada para peserta berkaitan dengan

       peraturan pertandingan dan tempoh masa pertandingan.

   2. Sukarelawan mengedarkan lukisan yang akan diwarna oleh para peserta.

   3. Para peserta mula mewarna lukisan yang diedarkan setelah mendengar arahan daripada petugas.

   4. Pertandingan berjalan dengan lancer dan tersusun.

Gambar disini