PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL - NADI SUNDAR 

 

 

 

   Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Sundar, Sarawak mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence diberi mandat untuk melaksanakannya.

   Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dimana ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM ) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. 

   Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan pada tahun 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Tun Razak sempena pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2013. Projek PI1M merupakan kesinambungan daripada dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).

     Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi jurang digital di dalam kalangan komuniti setempat terutamanya untuk komuniti di kawasan luar bandar . CBL-ENHANCEMENT telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT (Information Communication and technology ) dalam kehidupan seharian mereka.

  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sundar, Lawas , Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 2011. Pusat Internet Sundar telah beroperasi secara rasminya pada 26 Mei 2017 setelah mendapat kelulusan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga pihak Telekom Malaysia (TM). 

 

JUMLAH KEAHLIAN

Sejak mula beroperasi pada 26 Mei 2017 sehingga kini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Sundar telah berjaya menarik minat penduduk di sekitar Pekan Sundar untuk menjadi ahli. Berikut merupakan ringkasan jumlah ahli yang telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Sundar.

JUMLAH AHLI BARU

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL - NADI SUNDAR

(Sehingga Januari 2023)

1113 Orang