MASJID BESAR SUNDAR

 

      

GIATMARA LAWAS

 

SMK SUNDAR

 

 

PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA SUNDAR

 

MASJID BESAR SUNDAR, PUSAT PERMAINAN , GIAT MARA LAWAS , SEKOLAH ,PASAR TANI DAN WATERFRONT SUNDAR - Kemudahan awam yang terdapat di Daerah Sundar boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti pasar tani, gelanggang sepak takraw dan futsal, padang bola, jalanraya berturap, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Daerah Sundar.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan Daerah Sundar, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan(bank Ejan), perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Sundar .

Manakala bagi kemudahan WATERFRONT SUNDAR ianya belum siap sepenuhnya, kerana proses pembuatan tersebut masih dilakukan, dalam keadaan yang baik dan begitu lancar.Projek ini akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan iaitu tahun 2018.