SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL - NADI SUNDAR

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN NADI :
  • >>   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

>>   Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

>>   Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI.

>>   Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

>>   Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Sundar menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • >>   Pengenalan asas komputer

>>   Asas internet

>>   Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

>>   Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

>>   Latihan Keusahawanan

 
 JUMLAH KEAHLIAN NADI :
 
NADI Sundar telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai yang telah mendaftar diri di NADI Sundar bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut:
 

AHLI SETAKAT BULAN JANUARI 2022

1003

AHLI BARU 

10

KESELURUHAN SEHINGGA FEBRUARI  2022

1013

 
 
 KENALI PETUGAS NADI : 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Sundar.

 
PENGURUS 
  
 
Nama : Siti Nurhanna binti Matkassim
Mula berkhidmat : 15 April 2017
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
 dba19a9d 6f95 44aa aaa9 7dbad877852e
Nama : Erwandie Bin Harun
Mula berkhidmat : 01 Mac 2020