Tarikh : 01 Oktober 2017 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi - 1.00 ptg

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar sekolah menengah 

Tujuan ;

Kuiz ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah menengah.Kuiz ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi kesedaran pengguna komputer dan internet secara bijak dalam kehidupan seharian.

Aktiviti ;

Para pelajar yang mengikuti kuiz tersebut berpeluang mengetahui apakah yang dinamakan dengan KAHOOT.IT.Selain itu,Dapat menambah pengetahuan para pelajar serta membiasakan mereka menggunakan teknologi ICT dalam pembelajaran.

Gambar disini

Tarikh : 17 September 2017 (Ahad)

Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan ;

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah dan kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Dashboard Komuniti kepada pelajar sekolah menengah.

Aktiviti ;

Semasa kelas dijalankan para pelajar diberitahu mengenai apa itu Dashboard Komuniti (DK) dan petugas PI1M Sundar telah membentangkan apa yang berkaitan dengan DK.

Gambar disini

 

Tarikh : 15 September 2017 (Jumaat)

Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan ;

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta dan kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang penggunaan teknologi ICT serta mengaplikasikan  teknologi ICT dengan lebih bijak dan betul.

Aktiviti ;

Semasa kelas ini berlangsung semua peserta didedahkan dengan teknologi ICT dengan lebih bijak dan dijalankan juga kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) word search.

Gambar disini

 

Tarikh : 16 September 2017 (Sabtu)

Masa : 7.00 am - 12.00 tengahari

Tempat : Taman Awam Sundar/Dataran Sundar

Peserta : Komuniti setempat & KRT Zon Sundar

 

Tujuan ;

Program ini dihadiri oleh penduduk di daerah sundar dan ahli-ahli KRT Zon Sundar.PI1M Sundar bekerjasama dengan agensi lain menjayakan program Gemilang Merdeka yang telah diadakan oleh pihak Perpaduan Daerah Lawas bersama dengan Permuafakatan KRT Sundar.Petugas PI1M Sundar juga tidak ketinggalan untuk membuka booth pada hari kejadian. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh petugas PI1M Sundar untuk mempromosikan PI1M dan Dashboard Komuniti.

Aktiviti ;

Aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak perpaduan Daerah bersama-sama dengan KRT adalah seperti berikut :-

  1. 1. Senamrobik
  2. 2. Konvoi Motor Berhias
  3. 3. Pertandingan Booth Tercantik (setiap KRT perlu menghias booth dengan tema sempena Hari Merdeka)
  4. 4. Bazaar Jualan Produk tempatan (Penyertaan daripada setiap KRT)
  5. 5. Penyampaian Hadiah
  6. Aktiviti lain yang telah diadakan oleh pihak PI1M Sundar adalah seperti berikut:-

    1. 1. Pendaftaran keahlian
    2. 2. Promosi Aplikasi Dashboard Komuniti
    3. 3. Pemeriksaan kesihatan
    4. 4. Teka-teki sempena merdeka
    5. 5. Cabutan bertuah kepada ahli yang berdaftar pada hari kejadian.
    6. 6. Mengedar flyers PI1M

 

Gambar disini

 

Tarikh : 15 September 2017 (Jumaat)

Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan ;

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang ahli PI1M Sundar.Kelas ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap ahli PI1M mendapat bimbingan mengenai ICT dan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan ahli PI1M Sundar dalam ICT.

Aktiviti ;

Semasa kelas dijalankan semua yang hadir diberi tunjuk ajar cara-cara menaip dengan betul dan cara-cara menyimpan dokumen dengan mudah dan senang.

Gambar disini