KAMPUNG AWAT-AWAT SEBAGAI PERKAMPUNGAN DI ATAS AIR 

 Kampung Awat-Awat merupakan perkampungan yang berada diatas air,menariknya berkenaan kampung ini ialah semua rumah yang terdapat dikampung ini dibina diatas air merupakan air masin.Selain itu rumah yang terdapat dikampung ini sangatlah rapat diantara satu buah rumah dengan rumah yang lain.

 Selain itu juga, Kampung Awat-Awat ini terkenal dengan produk tempatan yang dihasilkan oleh penduduk kampung sendiri antaranya ialah ikan tahai, udang kering, belacan, ikan belah(satey) dan banyak lagi.Selain terkenal dengan produk tempatan penduduk dikampung ini juga ada menyediakan perkhidmatan untuk pergi kelaut bagi pengunjung yang ingin memancing atau pun  pengunjung yang ingin menikmati pemandangan laut.

WATERFRONT SUNDAR

 WATERFRONT SUNDAR ianya belum siap sepenuhnya, kerana proses pembuatan tersebut masih dilakukan, dalam keadaan yang baik dan begitu lancar.Projek ini akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan iaitu tahun 2018.