PENIAGAAN PRODUK KOSMETIK DAN LAIN-LAIN SECARA DALAM TALIAN

 sobella

 NAMA  SITI NORHANNA BINTI MATKASSIM
 UMUR  26 TAHUN
 AHLI  2017

Latar Belakang

   Cik Siti berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Beliau bertugas sebagai Pengurus di Pusat Internet Sundar sejak tahun 2017 sehinggalah sekarang.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum ini, Cik Siti hanya memfokuskan kepada skop pelanggan kecil sahaja iaitu kepada rakan, ahli keluarga dan kenalan serta beroleh pendapatan hanya RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

     Sepanjang berkhidmat sebagai petugas, beliau turut mengambil peluang menggunakan segala kemudahan dan kecekapan beliau dalam memulakan perniagaan. Cik Siti telah memanfaatkan kewujudan pusat internet sebagai platform untuk mengembangkan perniaagaan dan mempergiatkan promosi yang dijalankan.

Sebelum ini, pages Facebook “Sobella_BorneoOfficial” kurang dikemaskini dan diberikan fokus. Namun demikian, dengan adanya perkhidmatan WiFi dan internet Pages tersebut lebih aktif.

Ruang usahawan yang disediakan di Pusat Internet Sundar juga turut diambil peluang oleh Cik Siti untuk meletakkan Sobella disamping turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan lagi produk beliau